Sunday 23 December 2012

Sekadar renungan



Apabila kita terlihat gambar pasangan yang belum berkahwin di facebook, jangan ‘like’ gambarnya atau tunjukkan any support. Berdosa barangsiapa yang menggalakkan maksiat dan perkara yang haram. Tak kisahlah gambar bertudung, bersongkok atau berpakaian biasa. Tak kisahlah seorang ustaz, ustazah atau sesiapa jua pun. Apa yang haram tidak dapat jadi halal.

Kepada sebarang Muslimah yang terbabit, andai kau bertudung kerana Allah, putuskan hubungan haram itu kerana Allah

Kepada sebarang Muslim yang terbabit, jika kau benar sayang padanya, mengapakah kau menambah dosanya?

Bebaskan dirimu dari tali iblis
Keluarlah dari lembah maksiat
Jangan istiqamah pada maksiat

Dalam hubungan couple2 yang haram, ada seorang ulama yang berkata: “Apa yang kau kenal adalah lakonannya”.

Percayalah, si dia sebagai ‘kawan’ belum tentu sama dengan si dia sebagai pasanganmu yang halal kelak.

Jikalau sebelum kahwin kita biasa sms2 dengan melampaui batas agama, nanti apabila sudah kahwin, apa yang dapat menghalang dia atau kita untuk ada affair dengan orang lain? Sedangkan larangan Allah kita buat endah, apakah ‘janji setia’ dapat menahan kita daripada ada affair dengan orang lain nanti?

Ingatlah selalu hai kawan-kawan, Allah itu maha melihat!

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” - 17 : 32

Nabi memberitahu kita .. lebih baik kita memegang besi yang sedang panas daripada memegang tangan wanita yang bukan mahram kita (dengan cara haram).

Pimpinlah tangan isterimu sebagai tanda sayang, kau membawanya dekat ke pintu Syurga

Pimpinlah tangan kekasihmu yang tidak sah, kau membawanya ke pintu Neraka

Assalaamualaikum

Sumber : Naufal - tumblr
p/s terima kasih sahabat =))

No comments:

Post a Comment