Sunday 23 December 2012

Just do your best !

Asalamualaikum.
Semua orang pernah rasa gagal kan? Semua orang juga pernah rasa putus asa?Betul tak? hihi ( ak tanya kat sapa nih) haha sapa2 yang membaca lah..
Sabar dan sabar. Tak rugi bersabar..
Ha , ayat ni memang terbaik la. hihi. terbaik untuk sape2 yang terlalu rasa rendah diri yang melampau2 tu ( ak la tu!) hihi.
The best word -Buat yang mana mampu je =))

Sebenarnya, 
Kejayaan di dunia itu ialah apabila kita boleh membersihkan nafsu dari mazmumah iaitu dari sifat-sifat batin yang keji. Contohnya sifat dengki , tamak , sombong dan yang seumpama dengannya hihi..


“Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan nafsunya dan kecewalah orang yang mengotori nafsunya.”
 (As Syams: 9-10)



Cicak oh cicak !

Wahai cicak ! Kau kejam cicak ! 

Ha ni lah kan tempat kau keluarkan segala sisa2 dari perut kau tu...
Kesian la kat penghuni bilik ni, hari2 nak cuci tahi kau.. ish, xde insurans betul...

Tidak mengapa.. daun pandan ada, memang kau x boleh bau daun pandan kan cicak.. hehehe...
Tp betul, cicak xkan buang tahi kat tempat yang ada daun pandan...

Cuba la try n test =)))
haha tah apa la den merepek ni...
k daa,asalamualaikum

Sekadar renungan



Apabila kita terlihat gambar pasangan yang belum berkahwin di facebook, jangan ‘like’ gambarnya atau tunjukkan any support. Berdosa barangsiapa yang menggalakkan maksiat dan perkara yang haram. Tak kisahlah gambar bertudung, bersongkok atau berpakaian biasa. Tak kisahlah seorang ustaz, ustazah atau sesiapa jua pun. Apa yang haram tidak dapat jadi halal.

Kepada sebarang Muslimah yang terbabit, andai kau bertudung kerana Allah, putuskan hubungan haram itu kerana Allah

Kepada sebarang Muslim yang terbabit, jika kau benar sayang padanya, mengapakah kau menambah dosanya?

Bebaskan dirimu dari tali iblis
Keluarlah dari lembah maksiat
Jangan istiqamah pada maksiat

Dalam hubungan couple2 yang haram, ada seorang ulama yang berkata: “Apa yang kau kenal adalah lakonannya”.

Percayalah, si dia sebagai ‘kawan’ belum tentu sama dengan si dia sebagai pasanganmu yang halal kelak.

Jikalau sebelum kahwin kita biasa sms2 dengan melampaui batas agama, nanti apabila sudah kahwin, apa yang dapat menghalang dia atau kita untuk ada affair dengan orang lain? Sedangkan larangan Allah kita buat endah, apakah ‘janji setia’ dapat menahan kita daripada ada affair dengan orang lain nanti?

Ingatlah selalu hai kawan-kawan, Allah itu maha melihat!

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” - 17 : 32

Nabi memberitahu kita .. lebih baik kita memegang besi yang sedang panas daripada memegang tangan wanita yang bukan mahram kita (dengan cara haram).

Pimpinlah tangan isterimu sebagai tanda sayang, kau membawanya dekat ke pintu Syurga

Pimpinlah tangan kekasihmu yang tidak sah, kau membawanya ke pintu Neraka

Assalaamualaikum

Sumber : Naufal - tumblr
p/s terima kasih sahabat =))

Assignment - Microsoft Access

Microsoft Access- Assignment

I Love You KMS

Membina sebuah harapan.. dengan berganding bahu.. Menjulang impian nan murni.. Penuh semangat padu.. Ku genggam bara menjadi arang.. Sedia tempuh apa dugaan. 
Kolej Matrikulasi Selangor..
Tetiba pula nak nyanyi lagu KMS.hehe mcm tu lah ceritanya bila dah terlalu rindu kat KMS.. hee
Pintu utama KMS

Surau As- Sufi 
Geng2 Surau As-Sufi - YaAllah rindunya kat kalian semua. errm

Classmates - A1P6

Room mates - Amal, Shafika n Yan - Syg kamoo semua.

Ni lah kerja room mates . Seminggu lebih dari 2 roti kami makan, dah la yang pack besar . Almaklumlah, 4 mulut yang mkn.  Kami akan bergilir2 beli roti, kaya semua. Huiihh beronok2 kalau dapat room mate yg kuat mkn..Yang tgah menaip ni pun kuat jugak makan ! Hee! Wek !

My Classmates - kelas kami mendapat tempat pertama dalam projek rancangan perniagaan (RP). Tak disangka2. Alhamdulillah, usaha kami menyiapkan belanjawan yang agak sukar untuk dilakukan. Dan akhirnyaa... jeng! jeng! jeng!.. 1 kotak besar tu hadiah yang kami dapat. nampak tak?? hehe


Asrama polaris yang selalu riuh dengan gelak ketawa,mcm ada pasar malam.

Dataran Kosmik- tempat sy dan roommates melepaskan tension di waktu malam..hee


Hidup kat KMS ni memang mcm2 dugaan, stress. Tapi ada sahaja Hamba Allah yang akan membantu diri ini untuk terus bersemangat. Ingat lagi pesan amal,yan n shafika kalau sedih ingat ayat ni "Allah sentiasa ada". Bila kita sakit , mereka selalu juga pesan "bersabarlah, mungkin dgn kesakitan yang kita rasa tu, Allah akan ampunkan dosa2 kecil kita" .(Almaklumlah, muka sy ni muka yang selalu sakit time kat matrik dulu). hee
N ade sorang kakak ni pesan, jangan sedih bila kita dapat markah sikit atau kurang dpd kawan2. Mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk kita tapi dalam bentuk yang berlainan,contohnya mcm kesihatan, dpt kawan2 yang baik. Ha, mcm tu lah ceritanya, dkt KMS ni memg dapat jumpa kwn2 yang baik sangat. Yang solehah2.. hihi..
"bilalah aku nak jadi camtu" hihihi..
insyaAllah , satu hari nanti =))

Friday 21 December 2012

Surah al-kahfi


Assalamualaikum..
Walaupun hari ni bukan hari jumaat, tapi nak share something tentang 
surah al-kahfi yang elok dibaca pada hari jumaat..
Semoga ianya bermanfaat =)





Wednesday 19 December 2012

Try to find a good freind =))

“There is no better friend than a friend who reminds you to pray, reminds you of Allah and increases your iman. “ (Source: zuhkey, via standoutsidethefire)

Friday 14 December 2012

Islam itu adil

Secantik apa pun seseorang itu, selembut apa pun seseorang itu, setinggi mana pun pangkat seseorang itu dan semewah mana pun tempat tinggal seseorang itu, namun kubur adalah tempat tinggal yang kekal abadi. Hanya amalan yang dapat membantu kita di alam perkuburan =)

Try to be a good person

There is no better friend than someone who frequently reminds us to do good deeds, including correcting us where necessary, and to refrain from bad deeds. If we ever meet someone like that, befriend him for he will insyaaAllah (if God wills) guide us into being a better person.

Thursday 29 November 2012

pengisian :)

Kadang-kadang dalam menyampaikan Da'wah, ada yang kurang senang. Kita mungkin dicaci, dilayan dengan tak baik atau atau dihina. Andai ini pernah terjadi pada anda, bersabar dan berbahagialah. Semuanya sekadar cabaran dan cabarannya hanya sementara sedangkan pahalanya berkekalan. (:

Saturday 24 November 2012

=))

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan dan musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Doa dapat mengawal dari sifat marah =)

Doa dapat mengawal diri daripada sifat panas baran: 'Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hati ku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran'. (Rwyt al-Tarmizi)

Bersangka baik kpd Allah :)

bila Allah cpt memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu. bila Allah x memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lbh baik buatmu. bersangka baik lah padaNYa. Dia menguji kita mungkin krn Dia ingin meninggikan martabat kita disisiNya==

Syukur :)

Disaat kita mengeluh kerana sukarnya tidur yang lena walau pun ditilam yang empuk, pernahkah kita terfikir tentang mereka yang lena tanpa beralaskan apa-apa.. Disaat kita bersunggut tentang makanan yang tidak menyelerakan, pernahkan kita terfikir ada insan yang kelaparan tanpa apa-apa makanan.. Disaat kita mengungkit tentang kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diterima, pernahkah kita ter fikir tentang mereka yang tidak punya gaji dari hasil kerja mereka.. Kerana kita terlalu asyik memandang keatas, hingga kita lupa apa yang ada dibawah.. * bersyukur dengan apa yg kita miliki, alhamdulillah. =))

Thursday 18 October 2012

Wajah-wajah monyet

Bila dah cuti, rasa rindu pula nak tengok monyet kolej keris mas. Tapi apakan daya, nak 'snap' gambar monyet kat situ pun susah, sebabnya nanti kita pula yang dia kacaunya. =))) Tengok gambar ni je yang mampu =)






wajah-wajah kucing comel









Tuesday 9 October 2012

My social network


Facebook


Twitter


Myspace

Tutorial blog- letak home button dalam blog


1. Sign in account blogger.

2. Dashboard > layout > Add a gadget > Html / Javascript

3. Copy paste kod di bawah pada ruang Html / Javascript tadi]


<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed;bottom:10px;left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href='Url blog anda' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' title='HOME'><img border="0"width="50" height="50" src="http://img189.imageshack.us/img189/2902/98425686.png" /></a><br />



Tutorial blog- Tukar new post home dan older post kepada icon



SEBELUM




SELEPAS



1. Sign in account blogger
2. Dashboard > template > Edit HTML > tick kotak 'expand widget templates'
3. Dengan menggunakan Ctrl+F (tekan serentak pada keyboard) cari kod
    expr:title='data:newerPageTitle'><data:newerPageTitle/>

4. Gantiakn kod merah dengan kod yang di bawah ini
    <img src="http://i947.photobucket.com/albums/ad318/hannacrazee/Decorated%20images/go5.png"/>

5. Kemudian tekan Ctrl +F dan cari pula kod ini
    expr:title='data:olderPageTitle'><data:olderPageTitle/>


6. dan gantikan kod merah dengan kod di bawah ini
    <img src='http://i561.photobucket.com/albums/ss52/angelicxmelody/Web%20materials/go5.png'/>


7. Sekali lagi, tekan Ctrl + F serentak dan cari kod ini
   expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/>


8. Dan gantikan kod merah dengan kod dibawah ini
   <img src='http://i561.photobucket.com/albums/ss52/angelicxmelody/Web%20materials/home1.png'/>

9. Done =))




tutorial blog- hilangkan navigation bar

1. Sign in account blogger
2. Dashboard > template > Edit HTML
3. Dengan menggunakan ctrl+F (tekan serentak pada keybord, cari kod ini
       /* Variable definitions



4. Kemudian copy dan paste kod ini SEBELUM / DIATAS kod /* Variable definitions tadi.
            #navbar-iframe { display: none !important; }

5. Done =))

                     




Tutorial blog- Cara nak private kan blog



1. Sign in account blogger > dashboard > settings





2. Under setting, klik pada tab permession >> kemudian tick pada "only blog author"










3. Kemudian, paparan seperti dalam gambar di bawah akan muncul. Seterusya klik "allow authors only"







4. Done =))

Monday 1 October 2012

ada orang yang lebih susah dari kita

Disaat kita mengeluh kerana sukarnya tidur yang lena walau pun ditilam yang empuk, pernahkah kita terfikir tentang mereka yang lena tanpa beralaskan apa-apa.. Disaat kita bersunggut tentang makanan yang tidak menyelerakan, pernahkan kita terfikir ada insan yang kelaparan tanpa apa-apa makanan.. Disaat kita mengungkit tentang kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diterima, pernahkah kita ter fikir tentang mereka yang tidak punya gaji dari hasil kerja mereka.. Kerana kita terlalu asyik memandang keatas, hingga kita lupa apa yang ada dibawah.. * bersyukur dengan apa yg kita miliki, alhamdulillah. =))

berjenaka sekejap

Nak kene jentik eh??? Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego dan berlagak. Muka tak comel, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai sungguh, suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... Comel + bijak mengalahkan tuannye. Tapi kude ini hanya dengar arahan raja ni sorang sahaja. Oleh kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya, "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" Maka dengan selambanya budak tu berkata, "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "Cubalah kalau boleh". Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab, "Nak kena jentik lagi...??"

kasih ibu dan ayah membawa ke syurga


Kita, sebagai pelajar, selalu sangat rasa 'tertekan'.
Bila belajar je kita sakit kepala,
Bila basuh baju pula rasa malas.
Apatah lagi memasak...
Errgghh ! rasa tertekan, itu ini kita yang buat
terutamanya bila duduk asrama.

Namun, pernahkah kita terfikir,
kesusahan ibu bapa kita yang terpaksa mengikat perut
untuk tanggung pembelajaran kita?
Setiap kali kita balik asrama,
mereka selalu telefon kita tanya khabar,
tanya dah makan ke belum.
semua keperluan yang kita nak, mereka penuhi.
tapi kita?
Renungkan... =))

Kadangkala kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah,
Tapi Allah berikan kakus berduri.
Kita meminta rama-rama,tetapi diberikan ulat.
Kita pun sedih,kecewa bahkan marah!
Namun, kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali
dan ulat itupun menjadi rama-rama yang cantik...

Itulah jalan Allah,indah pada waktunya...
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi Allah berikan apa yang kita perlukan...

Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, berburuk sangka.
Tapi jauh di atas segalanya, Allah sedang merangka...
yang terbaik dalam kehidupan kita..
Agar kita belajar untuk terus ikhlas dan redha...

=))

Jadikan Allah dan ibu bapa sebagai tempat untuk
kita mencurahkan segala luahan..

Semoga kita tergolong sebagai anak yang soleh dan solehah..



Belajar dgn cemerlang

Setiap pelajar inginkan kejayaan. Bukan sekadar untuk belajar, tetapi ilmu yang dipelajari itu perlu digunakan dalam kehidupan.
Ramai orang kata 'nak berjaya tu bukan mudah'. Ye, memang betul. Kejayaan itu bukan datang dengan sedirinya, tetapi kejayaan itu memerlukan seribu pengorbanan.

Cara yang dapat membantu seseorang itu berjaya adalah:

  1. Doa - Doa adalah senjata umat islam. 
  2. Usaha - Selepas doa, kita perlu berusaha sungguh-sungguh.
  3. Ikhtiar - Selepas usaha, kita ikhtiar semampu yang boleh.
  4. Tawakal - Akhir sekali, tawakal dan berserah, serta kita harus yakin bahawa kita telah      melakukan yang terbaik.
Terdapat juga cara lain, antaranya:
  1. Membuat nota ringkas.
  2. Belajar dalam keadaan yang selesa.
  3. Sentiasa bersedia.


"STUDY SMART NOT STUDY HARD"
~60% YAKIN
~40% USAHA