Sunday 23 December 2012

Just do your best !

Asalamualaikum.
Semua orang pernah rasa gagal kan? Semua orang juga pernah rasa putus asa?Betul tak? hihi ( ak tanya kat sapa nih) haha sapa2 yang membaca lah..
Sabar dan sabar. Tak rugi bersabar..
Ha , ayat ni memang terbaik la. hihi. terbaik untuk sape2 yang terlalu rasa rendah diri yang melampau2 tu ( ak la tu!) hihi.
The best word -Buat yang mana mampu je =))

Sebenarnya, 
Kejayaan di dunia itu ialah apabila kita boleh membersihkan nafsu dari mazmumah iaitu dari sifat-sifat batin yang keji. Contohnya sifat dengki , tamak , sombong dan yang seumpama dengannya hihi..


“Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan nafsunya dan kecewalah orang yang mengotori nafsunya.”
 (As Syams: 9-10)



Cicak oh cicak !

Wahai cicak ! Kau kejam cicak ! 

Ha ni lah kan tempat kau keluarkan segala sisa2 dari perut kau tu...
Kesian la kat penghuni bilik ni, hari2 nak cuci tahi kau.. ish, xde insurans betul...

Tidak mengapa.. daun pandan ada, memang kau x boleh bau daun pandan kan cicak.. hehehe...
Tp betul, cicak xkan buang tahi kat tempat yang ada daun pandan...

Cuba la try n test =)))
haha tah apa la den merepek ni...
k daa,asalamualaikum

Sekadar renungan



Apabila kita terlihat gambar pasangan yang belum berkahwin di facebook, jangan ‘like’ gambarnya atau tunjukkan any support. Berdosa barangsiapa yang menggalakkan maksiat dan perkara yang haram. Tak kisahlah gambar bertudung, bersongkok atau berpakaian biasa. Tak kisahlah seorang ustaz, ustazah atau sesiapa jua pun. Apa yang haram tidak dapat jadi halal.

Kepada sebarang Muslimah yang terbabit, andai kau bertudung kerana Allah, putuskan hubungan haram itu kerana Allah

Kepada sebarang Muslim yang terbabit, jika kau benar sayang padanya, mengapakah kau menambah dosanya?

Bebaskan dirimu dari tali iblis
Keluarlah dari lembah maksiat
Jangan istiqamah pada maksiat

Dalam hubungan couple2 yang haram, ada seorang ulama yang berkata: “Apa yang kau kenal adalah lakonannya”.

Percayalah, si dia sebagai ‘kawan’ belum tentu sama dengan si dia sebagai pasanganmu yang halal kelak.

Jikalau sebelum kahwin kita biasa sms2 dengan melampaui batas agama, nanti apabila sudah kahwin, apa yang dapat menghalang dia atau kita untuk ada affair dengan orang lain? Sedangkan larangan Allah kita buat endah, apakah ‘janji setia’ dapat menahan kita daripada ada affair dengan orang lain nanti?

Ingatlah selalu hai kawan-kawan, Allah itu maha melihat!

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” - 17 : 32

Nabi memberitahu kita .. lebih baik kita memegang besi yang sedang panas daripada memegang tangan wanita yang bukan mahram kita (dengan cara haram).

Pimpinlah tangan isterimu sebagai tanda sayang, kau membawanya dekat ke pintu Syurga

Pimpinlah tangan kekasihmu yang tidak sah, kau membawanya ke pintu Neraka

Assalaamualaikum

Sumber : Naufal - tumblr
p/s terima kasih sahabat =))

Assignment - Microsoft Access

Microsoft Access- Assignment

I Love You KMS

Membina sebuah harapan.. dengan berganding bahu.. Menjulang impian nan murni.. Penuh semangat padu.. Ku genggam bara menjadi arang.. Sedia tempuh apa dugaan. 
Kolej Matrikulasi Selangor..
Tetiba pula nak nyanyi lagu KMS.hehe mcm tu lah ceritanya bila dah terlalu rindu kat KMS.. hee
Pintu utama KMS

Surau As- Sufi 
Geng2 Surau As-Sufi - YaAllah rindunya kat kalian semua. errm

Classmates - A1P6

Room mates - Amal, Shafika n Yan - Syg kamoo semua.

Ni lah kerja room mates . Seminggu lebih dari 2 roti kami makan, dah la yang pack besar . Almaklumlah, 4 mulut yang mkn.  Kami akan bergilir2 beli roti, kaya semua. Huiihh beronok2 kalau dapat room mate yg kuat mkn..Yang tgah menaip ni pun kuat jugak makan ! Hee! Wek !

My Classmates - kelas kami mendapat tempat pertama dalam projek rancangan perniagaan (RP). Tak disangka2. Alhamdulillah, usaha kami menyiapkan belanjawan yang agak sukar untuk dilakukan. Dan akhirnyaa... jeng! jeng! jeng!.. 1 kotak besar tu hadiah yang kami dapat. nampak tak?? hehe


Asrama polaris yang selalu riuh dengan gelak ketawa,mcm ada pasar malam.

Dataran Kosmik- tempat sy dan roommates melepaskan tension di waktu malam..hee


Hidup kat KMS ni memang mcm2 dugaan, stress. Tapi ada sahaja Hamba Allah yang akan membantu diri ini untuk terus bersemangat. Ingat lagi pesan amal,yan n shafika kalau sedih ingat ayat ni "Allah sentiasa ada". Bila kita sakit , mereka selalu juga pesan "bersabarlah, mungkin dgn kesakitan yang kita rasa tu, Allah akan ampunkan dosa2 kecil kita" .(Almaklumlah, muka sy ni muka yang selalu sakit time kat matrik dulu). hee
N ade sorang kakak ni pesan, jangan sedih bila kita dapat markah sikit atau kurang dpd kawan2. Mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk kita tapi dalam bentuk yang berlainan,contohnya mcm kesihatan, dpt kawan2 yang baik. Ha, mcm tu lah ceritanya, dkt KMS ni memg dapat jumpa kwn2 yang baik sangat. Yang solehah2.. hihi..
"bilalah aku nak jadi camtu" hihihi..
insyaAllah , satu hari nanti =))

Friday 21 December 2012

Surah al-kahfi


Assalamualaikum..
Walaupun hari ni bukan hari jumaat, tapi nak share something tentang 
surah al-kahfi yang elok dibaca pada hari jumaat..
Semoga ianya bermanfaat =)





Wednesday 19 December 2012

Try to find a good freind =))

“There is no better friend than a friend who reminds you to pray, reminds you of Allah and increases your iman. “ (Source: zuhkey, via standoutsidethefire)

Friday 14 December 2012

Islam itu adil

Secantik apa pun seseorang itu, selembut apa pun seseorang itu, setinggi mana pun pangkat seseorang itu dan semewah mana pun tempat tinggal seseorang itu, namun kubur adalah tempat tinggal yang kekal abadi. Hanya amalan yang dapat membantu kita di alam perkuburan =)

Try to be a good person

There is no better friend than someone who frequently reminds us to do good deeds, including correcting us where necessary, and to refrain from bad deeds. If we ever meet someone like that, befriend him for he will insyaaAllah (if God wills) guide us into being a better person.

Thursday 29 November 2012

pengisian :)

Kadang-kadang dalam menyampaikan Da'wah, ada yang kurang senang. Kita mungkin dicaci, dilayan dengan tak baik atau atau dihina. Andai ini pernah terjadi pada anda, bersabar dan berbahagialah. Semuanya sekadar cabaran dan cabarannya hanya sementara sedangkan pahalanya berkekalan. (:

Saturday 24 November 2012

=))

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan dan musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.