Thursday 29 November 2012

pengisian :)

Kadang-kadang dalam menyampaikan Da'wah, ada yang kurang senang. Kita mungkin dicaci, dilayan dengan tak baik atau atau dihina. Andai ini pernah terjadi pada anda, bersabar dan berbahagialah. Semuanya sekadar cabaran dan cabarannya hanya sementara sedangkan pahalanya berkekalan. (:

Saturday 24 November 2012

=))

Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan dan musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

Doa dapat mengawal dari sifat marah =)

Doa dapat mengawal diri daripada sifat panas baran: 'Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hati ku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran'. (Rwyt al-Tarmizi)

Bersangka baik kpd Allah :)

bila Allah cpt memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu. bila Allah x memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lbh baik buatmu. bersangka baik lah padaNYa. Dia menguji kita mungkin krn Dia ingin meninggikan martabat kita disisiNya==

Syukur :)

Disaat kita mengeluh kerana sukarnya tidur yang lena walau pun ditilam yang empuk, pernahkah kita terfikir tentang mereka yang lena tanpa beralaskan apa-apa.. Disaat kita bersunggut tentang makanan yang tidak menyelerakan, pernahkan kita terfikir ada insan yang kelaparan tanpa apa-apa makanan.. Disaat kita mengungkit tentang kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diterima, pernahkah kita ter fikir tentang mereka yang tidak punya gaji dari hasil kerja mereka.. Kerana kita terlalu asyik memandang keatas, hingga kita lupa apa yang ada dibawah.. * bersyukur dengan apa yg kita miliki, alhamdulillah. =))